Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

21  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1540.
Dari Huzaifah bin Yaman r.a., katanya: Orang banyak menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal kebaikan, sedang saya menanyakan kepada beliau tentang bahaya (keburukan), supaya jangan menimpa saya. Lalu saya bertanya: "Wahai Rasulullah! Kami berada dalam keburukan di masa jahiliah, kemudian Tuhan mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya!" Tanya saya: "Apakah sesudah keburukan itu ada lagi kebaikan?" Jawab beliau: "Ya! Dan di situ ada bencana". Tanya saya: "Bencana apa?" Jawab beliau: "Suatu kaum memberi petunjuk berlainan dari petunjuk ku. Engkau ketahui dari mereka, tetapi hendaklah engkau engkari!" Tanya saya: "Apakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?" Jawab beliau: "Ya! Ada juru penerangan yang membawa ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mahu mengikut mereka, dilemparkannya ke dalam neraka". Kata saya: "Wahai Rasulullah! Terangkanlah sifat orang-orang itu kepada kamu. Beliau bersabda: "Kulit mereka sama dengan kita dan mereka berbicara dengan bahasa kita". Tanya saya: "Apakah perintah tuan kepada saya jika saya mendapati hal yang demikian itu?" Jawab beliau: "Bersatulah dengan jemaah Muslimin dan Imam mereka!" Kata saya, "Jika tidak ada jemaah Muslimin dan Imam mereka, bagaimana?" Sabda beliau: "Menghindarlah dari semua golongan-golongan, biarpun engkau sampai menggigit (makan) urat kayu dan mati dalam keadaan serupa itu".

22  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0433.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. membuka tirai (kamarnya ketika beliau sakit akan meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimami Abu Bakar. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus ku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah 'Azza wa Jalla di dalam rukuk, dan perbanyaklah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah swt."

23  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0366.
Berita dari Abu Hurairah r.a., mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah, yang diri ku di tangan-Nya, aku ingin menyuruh seseorang mengumpulkan kayu api, kemudian menyuruh azan untuk solat, kemudian menyuruh seseorang mengimami orang banyak. Kemudian aku berbalik kepada orang-orang yang tidak solat berjemaah, lalu ku bakar rumah mereka. Demi Allah yang diri ku di tangan-Nya, kalaulah mereka tahu bahawa mereka akan memperoleh daging yang baik penuh gemuk, atau dua daging bagus antara dua tulang rusuk, tentulah dia akan menghadiri solat Isyak berjemaah."

24  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1928.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh mengumpulkan kayu api, kemudian ku suruh orang mengerjakan solat, Lalu orang azan untuk solat itu dan ku suruh orang lain untuk menjadi Imam bagi orang banyak. Sesudah itu aku pergi kepada orang-orang yang tinggal (tidak turut berjemaah), lalu ku bakar rumah mereka. Demi " Tuhan yang diri ku di tangan-Nya! Kalau (sekiranya seseorang kamu mengetahui akan memperoleh daging yang gemuk atau tunjang yang baik, tentu dia akan menghadiri solat Isyak (berjemaah),"

25  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0055.
Dari Abu Waqid al Laitsi r.a., "Ketika Nabi sedang duduk dalam masjid bersama-sama dengan para jemaah, datang tiga orang: yang dua orang masuk ke dalam masjid, sedang yang seorang lagi terus saja pergi. Setelah keduanya sampai ke hadapan Rasulullah, yang seorang melihat tempat kosong di tengah-tengah jemaah, maka duduklah ia ke situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang mereka. Orang yang ketiga terus saja pergi. Ketika Rasulullah saw. selesai memberikan ceramah, beliau berkata. "Baiklah saya jelaskan kepada Anda tentang orang yang bertiga itu; yang seorang mencari tempat disisi Allah, maka diberi oleh Allah. Yang kedua merasa malu-malu, maka Allah malu pula kepadanya sedang yang ketiga tidak mahu tahu saja, maka Allah tidak mahu tahu pula kepadanya."

26  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1814.
Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya." Tanya ku, "Sesudah kebaikan itu, timbul lagikah kejahatan?" Jawab beliau. "Ada. Iaitu orang-orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka, lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam neraka itu." Tanya ku. "Ya, Rasulullah! Tunjukkanlah kepada kami ciri-ciri mereka." Jawab Nabi saW., "Baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami." Tanya ku, "Bagaimana petunjuk Anda seandainya aku menemui hal yang demikian?" Jawab Nabi saw., "Tetaplah kamu bersama jemaah kaum muslimin dan Imam (pemimpin atau pembesar) mereka!" Tanya ku, "Jika tidak ada jemaah dan Imam?" Jawab beliau, "Tinggalkanlah partai-partai itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu."

27  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0550.
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Tatkala terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah saw., diadakan pemberitahuan solat berjemaah: Innash shalaata Jaami'ah (marilah solat berjemaah)."

28  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0522.
Ibnu Abi 'Umar menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami (yang berasal) dari Suhail bin Abi Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah dimana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa di antara kamu mengerjakan solat sesudah solat Jumaat maka solatlah empat rakaat." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Al-Hasan bin 'Ali menceritakan kepada kami, 'Ali bin Al-Madim memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Sufyan bin 'Uyainah dimana ia berkata: "Kami menganggap Suhail bin Abi Shalih sangat kuat di dalam hadis." Abu 'Isa berkata: "hadis ini adalah hadis hasan. Dan pelaksanaan tentang kandungan hadis ini disetujui oleh sebahagian ulama." Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mas'ud bahawasanya ia solat empat rakaat sebelum solat Jumaat dan empat rakaat sesudahnya." Diriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib bahawasanya ia memerintahkan untuk solat dua rakaat sesudah solat Jumaat kemudian empat rakaat. Sufyan Ats-Tsauri dan Ibnul Mubarak memilih pendapat Ibnu Mas'ud di atas. Ishaq berkata: "Apabila seseorang solat di masjid pada hari Jumaat maka hendaklah ia solat empat rakaat, dan apabila ia solat di rumahnya maka hendaklah ia solat dua rakaat. la mengambil hujjah bahawasanya Nabi s.a.w. solat dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumahnya, dan kerana ada hadis Nabi s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu yang mengerjakan solat sesudah solat Jumaat maka hendaklah ia mengerjakan solat empat rakaat." Abu 'Isa berkata: "Ibnu 'Umar adalah orang yang meriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawasanya ia solat dua rakaat di rumahnya sesudah solat Jumaat. Sesudah Nabi s.a.w., Ibnu 'Umar mengerjakan solat dua rakaat di masjid sesudah solat Jumaat, dan sesudah melaksanakan dua raka't itu ia melaksanakan empat rakaat. Ibnu 'Abi 'Umar menceritakan yang demikian itu kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ibnu Juraikh dari 'Atha' dimana ia berkata: "Saya melihat Ibnu 'Umar mengerjakan solat dua rakaat sesudah solat Jumaat kemudian setelah itu ia mengerjakan solat empat rakaat." Sa'id bin 'Abdur Rahman Al-Makhzumi menceritakan kepada kami, Sufyan bin 'Uyainah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Amr bin Dinar dimana ia berkata: "Saya tidak melihat seseorang yang lebih banyak memberitakan hadis melebihi Az-Zuhri, dan saya tidak melihat seseorang dimana dirham itu lebih hina pada dirinya melebihi daripada Az-Zuhri apabila ia mempunyai dirham maka dirham itu disejajarkan dengan tahi binatang." Abu 'Isa berkata: "Saya mendengar Abu 'Umar berkata: "Saya mendengar Sufyan bin 'Uyainah berkata: " 'Amr bin Dinar itu lebih tua daripada Az Zuhri".

29  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0387.
Cerita dari Sahl bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Bahawa Rasulullah saw. pergi kepada Bani 'Amr bin 'Auf untuk memperdamaikan mereka. Ketika waktu solat tiba, muadzin datang kepada Abu Bakar dan berkata: "Mahukah anda menjadi imam solat bagi orang banyak? Saya akan membaca qamat untuk itu." Jawab Abu Bakar, "Baiklah." Maka solatlah Abu Bakar. Rasulullah pun datang ketika orang banyak sedang solat, dan beliau terus masuk ke dalam saf pertama. Orang banyak menepukkan tangan mereka. Tetapi Abu Bakar tidak menoleh dalam solatnya. Ketika tepukan tangan tambah banyak , dia pun menoleh, dan melihat Rasulullah saw. Nabi memberi isyarat kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah sehubungan dengan perintah Rasulullah saw. itu. Setelah itu Abu Bakar undur ke dalam saf pertama dan Rasulullah saw. maju ke depan menjadi imam solat. Ketika telah selesai solat, Rasulullah saw. bertanya. "Hai, Abu Bakar! Kenapa anda enggan tetap di tempatmu semula, padahal telah ku suruh?" Jawab Abu Bakar, "Tidak patut rasanya bagi anak Abi Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah." Maka bersabda Rasulullah saw. (kepada jemaah), "Mengapa tadi kamu banyak yang bertepuk tangan? Barangsiapa yang merasa ada apa-apa ketika solat, maka hendaklah dia tasbih (membaca subhanallah). kerana apabila dia tasbih, nescaya orang akan menoleh kepadanya. Dan isyarat dengan tepuk tangan adalah untuk wanita. "

30  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0311.
Al-Anshari menceritakan kepada kami, Ma'n memberitahukan kepada kami, Malik memberitahukan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Ukaimah Al-Laitsi dari Abu Hurairah "bahawasanya Rasulullah saw selesai dari suatu solat dimana beliau mengeraskan suaranya dalam solat itu, kemudian beliau bertanya: "Apakah tadi ada salah seorang di antara kamu sekelian yang membaca bersama-sama dengan aku?" Ada seseorang yang berkata: "Ya, Wahai Rasulullah". Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku berkata: "Mengapa aku ditentang dalam bacaan Al-Qur'an? (maksudnya Nabi sedang membaca Al-Qura'an dan mereka sama-sama membaca). Ia berkata: "Maka orang-orang berhenti untuk membaca bacaan bersama-sama dengan Rasulullah saw dalam solat-solat yang mana Rasulullah saw membaca bacaan dengan keras ketika mereka mendengar bacaan dari Rasulullah saw. Dalam bab ini ada hadis dari Ibnu Mas'ud, 'Imran bin Hushain dan Jabir bin 'Abdullah. Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan". Nama Ibnu Ukaimah Al-Laitsi adalah 'Umarah, dan sering dipanggil juga dengan 'Amr bin Ukaimah. Sebahagian dari teman-teman Az-Zuhri meriwayatkan hadis ini dan menuturkan pertanyaan seperti ini: "Ia berkata: "Az-Zuhri berkata: "Orang-orang berhenti dari membaca bacaan ketika mereka mendengar bacaan dari Rasulullah saw." Dalam hadis ini tidak dimasukkan pendapat orang yang berpendapat tentang bolehnya membaca bacaan di belakang imam kerana Abu Hurairah adalah orang yang meriwayatkan hadis itu dari Nabi saw. Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi saw bahawasanya beliau bersabda: "Barangsiapa yang mengerjakan solat yang di dalam solatnya itu ia tidak membaca Ummul Quran (Al-Fatihah) maka solatnya itu kurang, tidak sempurna". Kemudian orang yang membawakan hadis itu bertanya kepada beliau: "Saya kadang-kadang berada di belakang imam". Beliau bersabda: "Bacalah Al-Fatihah itu dalam diri mu." Abu 'Utsman An-Nahdi meriwayatkan dari Abu Hurairah dimana ia berkata: "Nabi saw memerintahkan aku untuk menyerukan bahawa tidak sah solat kecuali dengan bacaan Fatihatul Kitab." Orang-orang yang meriwayatkan hadis itu memilih hendaknya seseorang tidak membaca apa pun ketika imam mengeraskan suara bacaannya; dan mereka berkata: "Ia mengikuti saat-saat diamnya imam (membaca Al-Fatihah menunggu diamnya imam setelah selesai membaca Al-Fatihah)." Para ulamak berbeza pendapat dalam masalah membaca bacaan di belakang imam. Majoriti ulamak dari kalangan sahabat Nabi saw, tabi'in dan sesudah mereka berpendapat tentang bolehnya membaca bacaan di belakang imam. Malik, Ibnul Mubarak, Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat seperti itu. Diriwayatkan dari 'Abdullah bin Mubarak bahawasanya ia berkata: "Saya membaca di belakang imam, dan demikian juga orang-orang, kecuali sekelompok orang dari penduduk Kufah. Saya berpendapat bahawa (bagi) orang yang tidak membaca itu maka solatnya sah." Sekelompok ulamak sangat kuat (pendiriannya) dalam masalah (tidak boleh) meninggalkan bacaan Fatihatul Kitab, meskipun seseorang di belakang imam; dimana mereka berkata: "Suatu solat tidak sah kecuali dengan bacaan Fatihatul Kitab, baik ia (mengerjakan solat) sendirian atau pun di belakang imam". Mereka cenderung dengan hadis yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin Ash-Shamit dari Nabi saw. 'Ubadah bin Ash-Shamit yang berada dibelakang imam" membaca sesudah Nabi saw; dan ia menerangkan sabda Nabi saw: "Tidak sah solat kecuali denga bacaan Fatihatul Kitab." Pendapat di atas diikuti Asy-Syafi'i, Ishaq dan yang lain. Sedangkan Ahmad bin Hanbal berkata: "Yang dimaksud dengan sabda Nabi saw "tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab" adalah apabila seseorang itu solat sendirian. Ahmad bin Hanbal mengambil dalil dengan hadis Jabir bin 'Abdullah dimana ia berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan solat yang mana ia tidak membaca Ummul Quran (Al-Fatihah) di dalam solat itu maka ia tidak mengerjakan solat, kecuali bila ia berada di belakang imam". Ahmad berkata: "Jabir adalah salah seorang di antara sahabat Nabi saw yang mentafsirkan sabda Nabi saw "tidak sah solat solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab" iaitu manakala seseorang itu mengerjakan solat sendirian. Namun demikian Ahmad memilih untuk membaca Al-Fatihah di belakang imam, dan seseorang hendaknya tidak meninggalkan Al-Fatihah meskipun berada di belakang imam.